Pages

Monday, August 15, 2011

Lin Dan Juara Badminton World Championships 2011

Juara badminton Olimpik, Lin Dan mempunyai persediaan yang sesuai untuk pertahankan gelarannya apabila beliau memenangi gelaran juara dunia kali keempat pada hari Ahad (14/8/2011) di arena Wembley yang akan digunakan untuk Sukan 2012.

Pemain pilihan China menyelamatkan dua mata perlawanan menentang pemain pilihan Malaysia Lee Chong Wei dengan kemenangan set yang kedua dan ketiga 20-22, 21-17, 23-21. Ia merupakan pertemuan terbaik di antara dua musuh yang hebat.

Lin Dan peserta China menjadi juara lelaki Badminton World Championships 2011

Kemenangan Lin Dan merupakan lambang kemegahan di mana China menjadi negara pertama yang berjaya mempertahankan kesemua lima gelaran dunia.

Pada ketika-ketika tertentu dia jarang sekali menguasai perlawanan, terutamanya pada mata 16-13 dalam perlawanan akhir, apabila seolah-olah Lee Chong Wei mengawal gelanggang, kesabaran dan keupayaan untuk bertahan kepada serangan menjaminkan kemenangan.

Dato' Lee Chong Wei, Malaysia sebagai naib juara Badminton World Championships 2011

Tidak kurang hebat Dato' Lee Chong Wei telah mempamerkan aksi menarik dan hebat beliau di mana dia berjaya memenangi set pertama dengan mata 22-20 dan pada set yang ketiga iaitu set penentuan beliau berjaya menangkis hebat dengan mendahului perlawanan sehinggalah ke mata 20-21. Kesilapan kecil yang dilakukan telah memberi peluang kepada Lin Dan untuk memenangi perlawanan sekaligus bergelar juara Badminton World Championships 2011.

Walaubagaimanapun, pujian dan penghargaan harus diberikan kepada Dato' Lee Chong Wei kerana dengan semangat beliau dan kesungguhannya telah menampilkan aksi hebat dan perlawanan yang sengit ke atas Lin Dan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dato' Lee Chong Wei.


If you have any comments, ideas, or questions, you may post it >HERE<

3 comments:

Feel free to comment, no bad words pls.. tak baek ^_^