Pages

Sunday, June 13, 2010

Sejak Aku Pandai Mengucap

Posted by gajahwhite | Sunday, June 13, 2010 | Category: , |

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Semenjak aku pandai mengucap dua kalimah syahadah..
sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, sentiasa aku tunaikan dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri walaupun apa yang aku dah buat tu belum pasti samada betul-betul sempurna atau tak. Tapi, jauh di lubuk hati, terkenang sejenak, tertanya-tanya di dalam hati apakah diri ini sudah terlepas dari dosa dan seksaan neraka yang dijanjikan kepada orang yang sembahyang dengan lalai dan menunjuk-nunjuk?

Cuba kita ingat balik, time kita sedang mengerjakan sembahyang tu, adakah kita tak lalai? adakah kita tak menunjuk-nunjuk dan riak? Tapi tu la, bagi aku.. ikhlas nak dikatakan yang sejak dari kecik, umur kanak-kanak, sampailah ke era dewasa, dan kelak akan melangkah ke alam tua.. cuma umur saja yang bertambah tanpa masalah tetapi dari segi khusyuk tidak sedikit pon menampakkan perubahan.


Diimbas kembali, zaman kanak-kanak, kalau sedang kita sembahyang, jelas kita di hadapan hamparan sejadah tetapi di balik khayalan, kita merayau-rayau bermain dengan kawan-kawan, teringatkan makanan-makanan sedap, kalau time Raya kita teringatkan duit raya.

Bila di usia remaja, dalam sembahyang kita teringatkan akan assignment yang diberikan pensyarah, kita teringatkan cerita-cerita yang baru kita tonton kat wayang, teringatkan handphone kita yang sedang dalam mode silent, apakah ada SMS atau panggilan dari kawan-kawan.

Bila melangkah ke usia dewasa dan bekerjaya, dalam sembahyang kita sentiasa ingatkan kerja-kerja yang belum selesai, teringatkan pesanan-pesanan boss kita, teringatkan jumlah gaji yang akan kita dapat, dan tiba-tiba kita arif dalam kira-kira belian bekalan harian.

Kelak di usia tua, mana mungkin perkara-perkara sedemikian takkan muncul ketika sembahyang, rindunya pada cucu² dan anak², bilakah agaknya mereka akan pulang ke kampung, teringatkan ternakan yang dibela, dan macam-macam lagi yang sentiasa divisualkan dalam fikiran kita time sembahyang.

Sedarlah, bila agaknya semua ini akan berakhir? Dari kecik kanak-kanak kita mengharap agak sembahyang kita bertambah baik bila meningkat usia remaja, bila remaja kita mengharap ia bertambah baik di zaman dewasa, dan pada usia dewasa kita berharap ia semakin baik di usia tua. Tapi, hingga ke hari ini ia masih pada level yang sama.

Terlepaskah kita daripada Neraka Wail [neraka yg disediakan untuk mereka yang lalai menyempurnakan sembahyang (fardhu)] yang dijanjikan Allah kepada kita? Renung-renungkan.. :)

If you have any comments, ideas, or questions, you may post it >HERE<

Currently have 3 comments:

  1. tu la. sangat susah nak menghindarkan bayangan syaitan ni. ada je yang bermain kat minda tika solat.

    kalo dpt khusyuk pun, kejap je.

  2. bagus la entri ni. betul2 buat terfikir. benda lain nak buat bertambah baik tapi bab khusyuk, tak pernah terfikir. kalau nak khusyuk, agak2 kena ada apa dalam fikiran?

  3. Insya-Allah kalau paham dengan setiap apa yg dibacakan di dalam sembahyang,mungkin kita akan lebih khusyuk...kerana setiap bacaan ada maknanya,dan kalau kita hayati maknanya,mungkin kite akan lebih fokus pada apa yg kita baca,,maka lebih tertumpu pada sembahyang kita dari memikirkan benda2 lain selain makna2nya itu..Insya-Allah..


Leave a Reply

Feel free to comment, no bad words pls.. tak baek ^_^