Sunday, May 16, 2010
Tik tok tik tok.. jam berdetik..
Masa kat kolej tak sabar-sabar nak balik, bila dah balik tak dak apa pula nak buat. Dah genap satu minggu 3 jam 45 minit aku melekat kat rumah ni. Dan terlakar jugak rekod persendirian aku di mana aku tak pi mana-mana sepanjang aku bercuti. 24/7 dok dalam umah tapi sekali-skala tu kluaq jugak jalan-jalan tepi laman rumah.
Terkenangkan zaman awal remaja dulu, life happening. Mesti ada ja benda nak buat. Member-member pon tak se"busy" skarang. Peredaran perjalanan hidup, dah memang sesuatu kelaziman. Dari pelajar menjadi pekerja, dari single menjadi married, dah married beranak pula, dulu masing-masing dok hometown and skarang majoriti dah merantau.
Lepak rumah, apa nak buat? Dua hari lepas, aku berjaya mengisi masa lapangku yang sememangnya lapang sangat dengan membantu ayahnda aku menyapu-nyapu laman rumah aku. Macam biasa la, sapu daun-daun, kerat-kerat dahan pokok dan sewaktu dengannya. Ayahnda masih aktif padahal dia baru ja lepas operate. Biasa la, orang berumur mana reti dok diam-diam kan.
Sehari sebelum dua hari lepas, aku tolong mamanda aku kemas rumah. Dah macam anak dara pulak aku haha. Ya, sapa lagi kalo bukan kita sebagai anak nak berjasa pada ibu bapa kita sendiri kan.
Pecah peluh aku dibuatnya time tengah sapu-sapu daun + sampah petang tu. Mengalahkan jumlah peluhan yang aku dapat semasa bermain bola. Mungkin sebab semakin jarang bersukan.
Krupp krapp krupp krapp.. asyik sungguh aku menyapu dedaunan di tepi rumah. Tiba-tiba sebuah kereta Malaysia berwarna merah berenti blakang aku dan menurunkan tingkap keretanya yang menggunakan sistem power window.
"Apek aaa, brapa upah you ambek sapu-sapu bersih ini rumah?", tanya makcik dalam kereta tersebut. Adeh~
selamat bersih2 :D
hahaha!
sma la kte melepak rumh jela..xde mende nk buat..=.="
weh, ambek la upah
hahahha, cuti kot!! tambah poket, ly payung memayung "P