Pages

Wednesday, May 12, 2010

Biskut kering

Posted by gajahwhite | Wednesday, May 12, 2010 | Category: |

"Aduh awal pulak aku mengantuk malam ni", yang pada kebiasaannya aku paling cikai pon kul 2 pagi baru tidur. Seperti hari-hari yang lain, malam tu aku melayari facebook aku walaupun kadang kala aku tak rasa seronok pon. Bukan apa, ada time tu langsung aku tak dak update, tak dak orang komen-komen aku, tak dak orang message aku, memang la boring kan.

Aku pon mula melayari page sahabat-sahabat aku. Maman, member lama aku sejak di bangku sekolah menengah. Aku pon tak pasti macam mana kami boleh berkenalan namun semuanya tu mempunyai sejarah tersendiri. Jarang sekali aku nak usha page member aku ni tapi aku baru teringat semalam aku ada baca satu post dari seorang lagi member aku yang dia post dalam group kami sendiri.

"Maman, upload la gambaq anak hang. Kami semua nak tengok" posted by Mun

Keinginan untuk meneruskan melayan facebook aku masih berkobar-kobar tetapi kelopak mata aku seolah-olah ada pemberat yang sentiasa ingin menurunkan kelopak mata atas bertemu kelopak mata bawah. Terus aku bangun mencari sesuatu.

Kung kang kung kang bunyi yang terkeluar dari laci meja aku ketika aku sedang selongkar mencari sesuatu untuk dijamah. Pasrah, sebab keinginan aku nak menghadap maggi terbantut kerana yang tinggal hanya plastik bungkusan maggi ja. Baru aku teringat yang maggi aku tu dah habis dua minggu lepas.

Berbekalkan sekeping biskut empat segi milik housemate aku yang aku ambil di dalam tupperwear di atas mejanya tanpa pengetahuannya (esok aku bagitau la dia), aku terus usha facebook member aku.

"Serius comel," itu ja yang mampu aku ungkapkan dalam hati aku yang juga ke arah kematangan bila aku tengok gambar anak member aku tu yang baru berumur 2 minggu pada ketika itu. Rezeki dia la kan, dah kahwin, ada anak. Aku? Akulah pelajar yang setia.

Currently have 1 comments:

  1. jangan risau.. lagi setahun lagi je.. tunggu2 =)


Leave a Reply

Feel free to comment, no bad words pls.. tak baek ^_^